05 December 2012

~Tips Ketika Berkhemah~

So, entri kali mengenai tips ketika berkhemah. Masih banyak group camping berkhemah dengan ragu-ragu tanpa ada satu petunjuk yang jelas mengenai banyak perkara. Dan antaranya ialah kawasan perkhemahan, sama ada kawasan rata ataupun tidak, berkhemah dekat dengan sungai dan pelbagai lagi perbualan dan senario yang kerap berlaku ketika berkhemah. Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai tips ketika berkhemah. Ianya tips yang mudah tetapi mempunyai impak yang amat besar.

Etika Berkhemah
  1. Memilih kawasan yang rata, tidak berlopak untuk mengelak daripada takungan air semasa hujan.
  2. Ada perlindungan daripada angin, disebalik bukit, pokok besar dan sebagainya.
  3. Berdekatan dengan punca air untuk memudahkan.
  4. Mendapat sinar matahari jika boleh, bahaya jika berkhemah dibawah pokok dikhuatiri dahan pokok mati jatuh menghempap khemah.
  5. Mempunyai hubungan dengan jalan, trek dan juga denai.
Mendirikan Khemah
  1. Di pasang di atas tapak khemah yang telah dipilih mengikut kesesuaian.
  2. Bahagian belakang khemah menghadap arah angin.
  3. Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan pancang kayu untuk memperkuatkan pacakkan dengan tujuan untuk memperkukuhkan khemah, begitu juga dengan berkhemah dengan kawasan yang terdedah dengan angin.
  4. Pancang khemah hendaklah bersudut tepat / seimbang dengan tanah apabila dipacak.
  5. Jarak anatara khemah sebaiknya berjarak 5 hingga 8 meter.
Larangan Semasa Berkhemah
  1. Jangan berkhemah berdekatan dengan punca air.
  2. Kawasan lalang (dikhuatiri binatang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat).
  3. Semak samun atau kawasan belukar.
  4. Tanah lembab berpaya, berlumpur atau berlopak.
  5. Di atas tebing tinggi dan curam.
  6. Di bawah pokok rimbun atau dahan mati.
  7. Kawasan berbatu, berpasir (susah untuk memacak pancang)
  8. Jangan membawa barangan kimia ke dalam khemah contoh lantern/stove.
Etika Memasak Di Kawasan Perkhemahan

Secara umumnya, tidak lengkap berkhemah jika tidak menyalakan api, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum menyala dan menghidupkan unggun api. Terdapat beberapa syarat yang perlu di patuhi semasa perkhemahan :-
  1. Jarak dapur 8-10 kaki daripada khemah.
  2. Kecilkan api sekadar untuk memasak, untuk tujuan kebersihan dan keselamatan perkhemahan.
  3. Jangan bina dapur di bawah pokok (celah banir pokok).
  4. Dapur yang tidak digunakan dipadankan api dan kambus bara dengan pasir atau tanah.
  5. Batu yang digunakan sebagai tungkuh hendaklah dialihkan kembali kepada tempat asal.
  6. Jangan  buang sampah ke dalam sungai.
  7. Sisa makanan hendaklah ditanam.

No comments:

Post a Comment