17 December 2012

TENT FOR KIDS - Part 1

Planetarium Tent


Material :
Dimension : 55" H x 48" Dia
Fabric : 100% Non-woven
Padding : 100% hollow fill fiber
Top : 100% mesh material
Star : Photo luminescent plastic
Frame : Patented fiberglass poles with protective plastic coating

Price : RM 230 / each

Mushroom House




Material :
Dimensions : 155cm H x 153Dia. cm
Fabric : 100% Non-woven
Padding : 100% hollow fill fiber
Top : 100% mesh material
Star : Photo luminescent plastic
Frame : Patented fiberglass poles with protective plastic coating

Price : RM 228 / each

Learning Cottage




Material :
Size : 38" L x 30" H x 44" W
Body : 100% spun-bonded (indoor use)
Padding : 100% polyester hollow-fill fiber
Frame : Patented fiberglass poles with protective plastic coating
Meet voluntary industry standard CPAI-84

Price : RM 168 / each

Going Bananas Monkey



Material :
Size : 38" L x 30" W x 44" H
Body : 100% non-woven material (indoor use)
Roof : 100% non-woven material (indoor use)
Padding : 100% hollow-fill fiber
Frame : Patented fiberglass poles with protective plastic coating
Meet voluntary industry standard CPAI-84

Price : RM 160

Garden House



Material :
 Size : 38" L x 30" H x 44" W
Body : 100% spun-bonded
Roof : 100% spun-bonded (indoor use)
Padding : 100% polyester hollow-fill fiber
Frame : Patented fiberglass poles with protective plastic coating
Meet voluntary industry standard CPAI-84

Price : RM 115

Doll House


Material :
Size : 45" L x 38" H x 45" W
Fabric : 100% non-woven
Padding : 100% polyester hollow-fill fiber
Window : 100% mesh material
Frame : Patented fiberglass poles with protective plastic coating

Price : RM 178 / each

~Tips-tips Menyimpan Khemah~

Cara terbaik menyimpan khemah - Kenyataanya, kecuali anda sentiasa berkhemah setiap minggu, dan berjalan sepanjang tahun ke seluruh negara. Khemah anda akan banyak menghabiskan masanya didalam simpanan kamu. Simpanan yang terbaik akan memanjangkan tempoh hayat khemah.

  1. Pastikan kering - tiada orang mahu menggunakan khemah yang apabila dibuka penuh dengan cendawan dan kulat, disebabkan oleh lembapan semasa penyimpanan. Apabila terkena hujan atau membasuh sila pastikan khemah kering sekering-keringnya sebelum menyimpan.
  2. Lipat atau gulung dengan cara yang berbeza - lipat atau gulung khemah dengan cara yang sama setiap kali anda menyimpan akan menyebabkan punca-punca masalah terbentuk pada fabrik khemah. Lipat atau gulung lah dengan cara yang berbeza.
  3. Bezakan beg pancang/tiang dengan fabrik - pastikan anda dapat menyediakan beg untuk tiang dan pancang untuk mengelakkan dari tercucuk fabrik khemah.

05 December 2012

~Tips-tips Penjagaan Khemah~

Tips penjagaan khemah :-
  1. Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang/pancang.
  2. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan susah untuk di buka.
  3. Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merisakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.
  4. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
  5. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
  6. Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
  7. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah.
  8. Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri didalam khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak di ingini berlaku.

~Tips-tips Membersihkan Khemah~

Membersihkan Khemah
  1. Jangan membasuhkan khemah dengan menggunakan sabun pencuci didalam mesin basuh kerana ianya akan merosakkan jahitan dan lapisan fabrik khemah tersebut.
  2. Cara terbaik untuk mencuci khemah adalah dengan mengelap pada fabrik khemah dengan sapuan yang perlahan dengan buih sabun dan juga membilas dengan air yang sejuk sahaja.
  3. Setelah selesai mencuci keseluruhan khemah cucilah dengan air sejuk JANGAN dengan air panas, peluntur, cecair pencuci, atau apa-apa cecair dengan tujuan untuk menanggalkan kesan kotoran.
  4. Menjemur khemah dengan pendedahan kepada cahaya matahari sahaja. Menggunakan mesin pengering adalah tidak dibenarkan sama sekali.

~Tips Ketika Berkhemah~

So, entri kali mengenai tips ketika berkhemah. Masih banyak group camping berkhemah dengan ragu-ragu tanpa ada satu petunjuk yang jelas mengenai banyak perkara. Dan antaranya ialah kawasan perkhemahan, sama ada kawasan rata ataupun tidak, berkhemah dekat dengan sungai dan pelbagai lagi perbualan dan senario yang kerap berlaku ketika berkhemah. Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai tips ketika berkhemah. Ianya tips yang mudah tetapi mempunyai impak yang amat besar.

Etika Berkhemah
  1. Memilih kawasan yang rata, tidak berlopak untuk mengelak daripada takungan air semasa hujan.
  2. Ada perlindungan daripada angin, disebalik bukit, pokok besar dan sebagainya.
  3. Berdekatan dengan punca air untuk memudahkan.
  4. Mendapat sinar matahari jika boleh, bahaya jika berkhemah dibawah pokok dikhuatiri dahan pokok mati jatuh menghempap khemah.
  5. Mempunyai hubungan dengan jalan, trek dan juga denai.
Mendirikan Khemah
  1. Di pasang di atas tapak khemah yang telah dipilih mengikut kesesuaian.
  2. Bahagian belakang khemah menghadap arah angin.
  3. Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan pancang kayu untuk memperkuatkan pacakkan dengan tujuan untuk memperkukuhkan khemah, begitu juga dengan berkhemah dengan kawasan yang terdedah dengan angin.
  4. Pancang khemah hendaklah bersudut tepat / seimbang dengan tanah apabila dipacak.
  5. Jarak anatara khemah sebaiknya berjarak 5 hingga 8 meter.
Larangan Semasa Berkhemah
  1. Jangan berkhemah berdekatan dengan punca air.
  2. Kawasan lalang (dikhuatiri binatang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat).
  3. Semak samun atau kawasan belukar.
  4. Tanah lembab berpaya, berlumpur atau berlopak.
  5. Di atas tebing tinggi dan curam.
  6. Di bawah pokok rimbun atau dahan mati.
  7. Kawasan berbatu, berpasir (susah untuk memacak pancang)
  8. Jangan membawa barangan kimia ke dalam khemah contoh lantern/stove.
Etika Memasak Di Kawasan Perkhemahan

Secara umumnya, tidak lengkap berkhemah jika tidak menyalakan api, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum menyala dan menghidupkan unggun api. Terdapat beberapa syarat yang perlu di patuhi semasa perkhemahan :-
  1. Jarak dapur 8-10 kaki daripada khemah.
  2. Kecilkan api sekadar untuk memasak, untuk tujuan kebersihan dan keselamatan perkhemahan.
  3. Jangan bina dapur di bawah pokok (celah banir pokok).
  4. Dapur yang tidak digunakan dipadankan api dan kambus bara dengan pasir atau tanah.
  5. Batu yang digunakan sebagai tungkuh hendaklah dialihkan kembali kepada tempat asal.
  6. Jangan  buang sampah ke dalam sungai.
  7. Sisa makanan hendaklah ditanam.