05 December 2012

~Tips-tips Membersihkan Khemah~

Membersihkan Khemah
  1. Jangan membasuhkan khemah dengan menggunakan sabun pencuci didalam mesin basuh kerana ianya akan merosakkan jahitan dan lapisan fabrik khemah tersebut.
  2. Cara terbaik untuk mencuci khemah adalah dengan mengelap pada fabrik khemah dengan sapuan yang perlahan dengan buih sabun dan juga membilas dengan air yang sejuk sahaja.
  3. Setelah selesai mencuci keseluruhan khemah cucilah dengan air sejuk JANGAN dengan air panas, peluntur, cecair pencuci, atau apa-apa cecair dengan tujuan untuk menanggalkan kesan kotoran.
  4. Menjemur khemah dengan pendedahan kepada cahaya matahari sahaja. Menggunakan mesin pengering adalah tidak dibenarkan sama sekali.

No comments:

Post a Comment